Pantun Nasehat Terbaru

Menjemur padi terhujan basah.
Beli di pasar di tukar benang.
Walaupun hancur di kandung tanah.
Budi baik selalu di kenang.

Kalau kita tidak bergalah.
Jangan lupa membentang kajang.
Kalau kita tidak bersalah.
Jangan takut menentang orang.

Buah berangan dari jawa.
Kain di jemur di sampaian.
Jangan diri dapat kecewa.
Lihat contoh ke kiri kanan.

Orang kaya berkereta besar.
Sambil jalan memakan kacang.
Bila tiba waktu asar.
Itu tandanya hari dah petang.

Waktu petang menjamah roti.
Roti dimakan dgn tertib.
Suara ayah dan ibu t’ henti.
Menyuruh anak solat magrib.

Kayu cendana di atas batu.
Sudah di ikat di bawah pulang.
Adat dunia memang begitu.
Barang yang buruk harus terbuang.

Berbaju kurung bertudung labuh.
Berkain songket berlipat jepun.
Awal pagi solat subuh.
Agar hidup sentiasa rukun.

Pagi pagi minum kopi.
Untuk bekal pergi ke kantor.
Bila matahari dah meninggi.
Masuk waktunya solat dzuhur.

Wanita cantik sedang berkaca.
Hulurkan senyum bermuka seri.
Bila malam sembahyang isya.
Baru cukup lima waktu dalam sehari.

Angin teluk menyisir pantai.
Hanyut rumpai dibawah titi.
Biarlah buruk kain dipakai.
Asalkan pandai mengambil hati.

Habis siang datang lah petang.
Murai terbang menuju sarang.
Ingatlah umur tidak lah panjang.
Pastilah nyawa akan melayang.

Murai terbang menuju sarang.
Jauh membara sepanjang hari.
Jikalau ajal sudah lah datang.
Siapalah yang jadi penolong diri.